Cara elakkan strectmark untuk ibu hamil.

Apa itu strechmark ?
Tanda regangan atau strech marks ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan bergantung kepada warna kulit anda yang biasanya muncul pada perut, payudara, pinggang dan peha. Ini berlaku kepada kira - kira 80 ke 90 peratus wanita hamil.

Mengapa terjadinya strechmark?
Wanita hamil akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak dan perubahan saiz perut yang disebabkan pembesaran janin sepanjang tempoh kehamilan. Perubahan dan pertambahan ini menyebabkan kulit meregang dan timbullah masalah strechmark atau tanda regangan.

Kulit meregang ini juga boleh menyebabkan ibu - ibu hamil tidak selesa kerana sesetengah mereka akan merasa gatal dan sehinggan menggarunya.Hati-hati kerana jika anda kerap menggaru menggunakan kuku kesan tanda regangan akan lebih ketara selepas bersalin.

Selepas bersalin, kawasan-kawasan strectmark tersebut akan beransur pudar dan garis-garis tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya. Kesan strechmark akan menjadi lebih teruk jika tidak dijaga dengan baik ketika anda hamil.

Sesetengah wanita tidak akan mengalami strechmark mungkin disebabkan mempunyai kulit yang lebih elastik daripada orang lain. Kebiasaannnya wanita yang hamil anak pertama lebih terdedah kepada risiko ini kerana pertama kali mengalami perubahan saiz pada perut berbanding mereka berbanding ibu-ibu yang hamil kali ke 2 atau seterusnya.


Bagaimana cara mengurangkan tanda regangan?

Anda boleh cuba mengurangkan tanda regangan ini dengan mengelakkan daripada pertambahan berat badan yang drastik iaitu dengan mengawal cara pemakanan anda mengikut suggestion doktor atau jururawat. Lebihkan pengambilan makanan yang berkhasiat.

Selain itu, anda boleh menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal,mengamalkan pemakanan yang sihat yang kaya dengan vitamin E dan C serta pengambilan zink untuk mengekalkan kesihatan kulit. Zink boleh didapati daripada ayam, , daging,lembu dan kekacang. Zink membantu kepada penghasilan collagen dan dapat mengelakkan daripada kulit cepat meregang.

Banyakkan pemgambilan air masak untuk membantu melembapkan kulit anda.

Guna sheer butter atau cocoa butter sebagai losyen untuk disapu di kulit anda dan memastikan kulit anda sentiasa lembap. Losyen ini merangsang pembentukan kulit yang baru . Saya juga amalkan losyen cocoa butter dan alhamdulillah sampai sekarang lepas bersalin tiada kesan strechmark pada perut saya walaupun saya memang alami kulit meregang yang agak teruk pada kehamilan saya yang pertama.







No comments

Powered by Blogger.